Thursday, October 7, 2010

Tempat-tempat menarik di Sabah

Destinasi - Tempat-tempat menarik

Bersiar-siar di Kota Kinabalu
Kota Kinabalu (Ibu Negeri)
Kota Kinabalu dahulunya dikenali sebagai Jesselton, dinamakan sempena Sir Charles Jessel, salah seorang Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, atau BNBCC. Semasa Perang Dunia Kedua, Kota Kinabalu dan beberapa bandar lain di Sabah telah dibom dengan teruknya oleh Pasukan Bersekutu yang memusnahkan  segala-galanya.   Selepas perang reda, pihak BNBCC mendapati bahawa kos untuk pembinaan semula sangat mahal, oleh sebab itu  pada tahun 1946, Sabah telah menjadi koloni British sehingga tahun 1963, apabila Sabah memperoleh  kemerdekaannya melalui Persekutuan Malaysia. 
Pada 30 September 1967, Jesselton diberi nama Kota Kinabalu. Dua puluh tiga tahun kemudian, yakni pada 2 Februari, 2000 Kota Kinabalu diberikan taraf  bandar raya.  Selaku ibu negeri Sabah, KK yang memiliki penduduk sekitar 300,000 orang  juga menjadi pintu keluar ke beberapa bandar utama dan daerah.
Di persekitaran bandar raya, terdapat  pelbagai tempat menarik untuk dilawati.  Kebanyakannya boleh diterokai dengan hanya berjalan kaki,  sementara selebihnya boleh dilawati dengan menaiki bas atau teksi. 

Foto

Bersiar-siar di Kota Kinabalu

Jenis destinasi yang sama di sekitar Sabah

2 comments:

  1. whaaaa...so interesting yours post about the cultures,activities and places etc.....=p
    nice ar..=p

    ReplyDelete
  2. good blogs but its not enough... pls update. tq

    ReplyDelete