salam 1Malaysia bertemu lagi kita pada hari ini..hehe..jauh berjalan luas pemandangan itu lah peribahasa yang boleh mengambarkan kita perlu melancong…bila melancong nie sedap je mata memandang keindahan flora dan fauna..hehe..ok hari ini saya ingin membawa anda melancong di negeri Sabah..apa tempat² yang menarik di Sabah yang wajib korang pergi? jawapannya ada disini..teruskan membaca k..
pada post kali ini saya akan menunjukkan korang lokasi² menarik beserta sedikit info² tentang tempat yang menarik ini..


Poring Hot Spring
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.
Terdapat juga Taman Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.
Pengangkutan
Para pelancong boleh menaiki bas awam dari Kota Kinabalu untuk ke Kolam Air Panas Poring tetapi perkhidmatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari sahaja.
Cara lain untuk ke sana ialah dengan menaiki teksi dari Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM30.00.

Tanjung Simpang Mengayau
Pengangkutan
Tempat terkenal ini terletak 50km dari bandar Kudat.Para pengunjung boleh menaiki kereta atau teksi dan masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi dianggarkan selama 30 minit.

Gunung Kinabalu
Pengangkutan
Para pelancong yang berada di Kota Kinabalu boleh menuju ke Taman Kinabalu dengan menaiki bas yang menuju ke Ranau, Sandakan atau Tawau. Perjalanan ini akan memakan masa selama 1 – 2 jam dengan anggaran kos sebanyak RM15 – RM20.
Para pelancong juga boleh menyewa kereta di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dengan kadar sewa yang berpatutan dan boleh dirunding bergantung kepada syarikat yang mengendalikannya.

Padas Rafting
Pengangkutan
Dari Kota Kinabalu, para pengunjung boleh menaiki teksi untuk ke Beaufort. Perjalanan ini akan memakan masa selama 2 jam.
Setiba di Beaufort, dikehendaki untuk menaiki kereta api selama 3 jam perjalanan untuk sampai ke Sungai Padas.

Pulau Sipadan
Pemandangan alam bawah laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya serta birai, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia.

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok
Para pelawat ditegah daripada melalui laluan pejalan kaki. Meskipun ada di antara orang utan yang telah biasa dengan pelawat, akan tetapi anda ditegah daripada menyentuh haiwan ini. Haiwan ini secara semula jadinya amat pemalu dan lembut, namun begitu, ada sebahagiannya yang agak nakal lalu merampas kamera atau topi anda. Sekiranya hal tersebut berlaku, anda perlu memaklumkan kepada pihak renjer kerana anda tidak boleh menangkap sendiri haiwan seberat 200 paun ini.
Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba iaitu :
lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia
dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu.
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di bawah senggaraan Jabatan Hidupan Liar, bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semulajadi mereka. Binatang lain yang dilindungi yang hidup bebas di pusat ini adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan Buaya.
Pengangkutan
Para pelancong boleh menaiki kapal terbang untuk penerbangan jangka pendek dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Sandakan.
Dengan menaiki teksi atau bas yang tersedia di Bandar Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan bermula dari jam 6.00 pagi ke atas. Tambang dikenakan ialah RM2.10 sehala dan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu dan perlu berjalan sejauh setengah km ke dalam.
Bayaran Masuk RM10.00 seorang (Bayaran dibuat di Pusat Pendaftaran)

Turtle Island Park
Hanya di Pulau Selingan menyediakan perkhidmatan chalet bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini bagi menyaksikan penyu bertelur. Bulan Oktober adalah masa musim kemuncak bagi penyu naik ke pantai untuk bertelur.
Bulan yang sesuai untuk berkunjung ke tempat ini adalah Mac dan September, elakkan mengunjungi dari bulan Oktober ke Februari kerana tempoh berkenaan adalah berlakunya musim angin kencang Monsoon Timurlaut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Lembaga Pelancongan Sabah di talian 088-212121 atau Sri Pelancongan Sabah di talian 088-232121.
Pengangkutan
Para pengunjung boleh menaiki bot dari Sandakan ke Pulau Selingan. Walau bagaimanapun, tiada parkhidmatan bot awam disediakan. Oleh itu, pengunjung perlu berjumpa dengan pegawai bertugas di taman negara tersebut atau mengatur perjalanan ke Pulau Selingan melalui ejen pelancongan.
sebenarnya ada byk lagi tempat menarik di Sabah nie..apa yang saya tunjukkan diatas ni cuma tempat² yang berada dekat dengan Kota Kinabalu..kalo nak tau tempat² menarik sekitar Sandakan, Semporna dan Tawau, insyaallah di post akan datang saya akan bagitau..hehe…selamat melancong…
No comments:
Post a Comment